Friday 23 May 2014

SEDAR

Tatkala ku termenung , pada indahnya cipataan tuhan atas muka bumi ini. Ku melihat sawah padi terbentang luas.

Hijau.


Cantik.


Air dari parit memenuhi ruang pada setiap batas pendang itu.
*Baiklah, saya tidak pandai bermadah*


“rip, tu padi had baghu tanam tu…”kata Tokteh ku.


“hmmm..yeke Tokteh, sebenaqnya ceq dah lama tak mai Kedoh ni..”


Eh, cakap utara pulak. Haha, saja ja.


Hmmm, apa sebenarnya aku nak tulis kali ni?


Baiklah. Ini merupakan satu fenomena yang pernah saya hadapi, anda juga pernah mungkin. Mungkin juga pernah kita lihat.
Apa dia?


Jeng Jeng Jeng !!!


FENOMENA PENDOSA


Dia pendosa. Kau pendosa.


“kau?”


“uisshhh, aku? Lagilah… Aku PEMdosa!!!hee.


Oooo. Kau PEM, aku PEN?  (hambar.   *…….* )


Ok. Kita manusia tidak lari dari dosa.


Mari saya listkan..
1. Mengusha
2. Mencarut
3. Buka aurat
4. Menghina
5. Lawan cakap mak ayah
6. Mengumpat


Banyak lagi. Haihh malu nak tulis. Malu kat ALLAH.
Bahkan ada yang lagi teghuq. Walaupun kat atas tu dah cukup teruk.


Minum arak, berzina, ber’gay’



Dan yang paling cilaka sekali, TINGGAL SOLAT suka suka mak pak dia je..!!!


Kaki kang!


Saya melihat dua perkara: 


1. PENDOSA YANG SEDAR DIRI

2. PENDOSA YANG TAK SEDAR DIRI

MasyaAllah,

Ibu ibu bapak bapak bapak adik abang kakak dan saya oii..
Na’uzubillahi min nombor dua


Wahh …  bahasa arab. Eheh 


Betul. Saya takut perkara ini berlaku. Sebab ada orang cenggini haa..


“ala, lek la bro and sis.. aku buat dosa , satgi aku istighfar, mintak ampun kat Allah, mesti Allah ampunkan aku….. Allah  kan ‘MAHA PENGAMPUN’  “


Aduhai, sedeh pulak tengok macam ni. Sebab kadang kadang, bahkan selalu berlaku atas diri sendiri.


Inilah hakikat harini , manusia atau lebeh dikenali sebagai pendosa suka menggunakan sifat Pengampun Allah. Suka permainkan sifat Rahim Allah yang Maha Agung itu untuk kepentingan diri. Menjadi teket untuk terus buat dosa.


Allahu….malulah sedikit, (baca: banyak) pada diri yang sendiri. Dekat ALLAH.


Ya , memang benar Allah itu Maha Pengampun.
Benar. Tepat sekali.


Akan tetapi siapa kita nak buat macam tu? Kita kan hamba yang hina durjana. Dicipta dari air yang hina, kalau dicampak pada binatang , binatang akan kata, “tak hengen aku! “


Cuba fikir kalau  kita mati. Tiba-tiba ja.


Kita kene sedar akan hakikat ini. Kata Allah,
“ setiap yang bernyawa, pasti akan merasai mati. “ (al-anbiya’ : 34 )
MasyaAllah. Takut gila mati. Takut kalau mati sedang mendosa…dan TIDAK MAHU, untuk SEDAR.


Kalau ditanya pada semua,
“kau takut mati? “


jawabnya, “uishhh,mestila takut, hang gila kea pa…?? “


Akan tetapi, masih ada yang berperangai tidak seperti yang dicakapkan. Waduuhhhh


 Ibnu Umar bertanya, “manakah antara kaum mukminin yang paling cerdik?”


Nabi SAW bersabda, “yang paling cerdik ialah orang yang paling banyak mengingati kematian dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik.”
Nabi bersabda lagi, “orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang yang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita- citanya dikabulkan ALLAH.”(riwayat At-Tirmidzi)


Saya merasakan bahawa, dalil-dalil di atas adalah jelas dan sinonimdengan kita. Kita biasa dengar, tapi kita TIDAK MAHU serap.


Sehinggakan , ade yang sanggup cakap,


“ muak dah wehhh dengar dalil kau ni.”



Menjawab,” oooiii, ni dalil ALLAH dan RASULNYA, bukan dari aku.”


Sabdaan nabi itu, mengajak kita menjadi pintar, cerdik dan bijak sana dan sini. Bukannya nak mengajak kita menjadi bodoh dan memperbodohkan diri sendiri dengan dosa.


Malu. Tolong malu. Please .


Orang yang pikir akan mati, pasti pikir akan masa hadapan. Pasti pikir pasal ALLAH.


“uissshhh, kalau aku buat bende nih, karang mati tetiba, camana pulakkk? Kesian lah bakal isteri aku kat uamah tu.” Eheh


Haaa..inilah dia , mereka sentiasa fikir baik buruk akibat sesuatu perkara.


Inilah bijak. BIJAK GILA. Seriously (sambil angguk kepala)


Akan tetapi, itulah…
Ramainya yang tidak habis- habis melakukan dosa ni, orang yang dah tahu, dan telahpun diberitahu akan perbuatan dosa itu. Namun , inilah manusia, kita, pendosa.


Jelas kata ALLAH,
“ Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam itu kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayat-ayat ALLAH), dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakan untuk melihat(tanda kekuasaan ALLAH), dan mereka mempunyai telinga tapi tidak digunakan untuk mendengar(ayat- ayat ALLAH). Mereka itu seperti binatang ternakan , bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai”
(Al-A’araaf:179)


Kita TIDAK MAHU kisah!
Kita BUAT- BUAT tidak tahu!
Kita sengaja lalaikan diri!


Ooohhh …malulah kita….Malu gila.


Nanges .


Come on la wahai hamba.
Bangun
Bangun
Bangun


*”baiklah,saya type berdiri”*
Eheh …


Sampai kapan lagi  kita harus begini?
sampai kapan lagi?
kapan lagi?
kapan?
Ingatlah kain KAPAN!


Kita minta terlau banyak dari ALLAH. Akan tetapi sedikit kita persembahkan pada ALLAH.
Sungguh, sedikit sahaja kita memberi…


Pada hakikatnya , ALLAH tidak kisah akan apa apa dari kita. Tidak sedikit pon memberi effect pada ALLAH.


Namun, jadilah hamba yang sedar dan bersyukur nakk oii…nanti ALLAH akan tambah bukan?


Sungguh,terlalu banyak sifat Ar-Rahimm ALLAH pada kita. Allah bagi kita nyawa lebeh panjang. Tujuan?

Adakah supaya kita dapat wish pada hari jadi oleh kawan saahaja?

Supaya kita ada masa untuk sedar yang kita pendosa, dan seterusnya taubat pada ALLAH. Bukan melengahkan lagi, lantas menambah lagi folder-folder dosa yang baru, dengan senang hati.


Sedarr…


Jadi kawan- kawan, adik abang mak ayah, dan khususnya saya.


Bertindaklah. Taubat pada ALLAH. Malu padaNya..


Jangan apabila nafas sudah sampai dikerongkong, baru ingin terfikir, yang kita PENDOSA tegar.


Saya teringat kata seorang ustaz ketika AWSEM 2.0,


“mengapa apabila saya kata, Allah hanya bagi dua minit untuk hidup, barulah kita tergesa  gesa mencari ALLAH? Apa yang kita buat dengan belasan tahun dulu, puluhan tahun dulu?”


Nangis.


Dan harus ingat. Jangan pernah putus asa pada ALLAH.


Kerna kita telah sedar, maka , mana mungkin ALLAH akan hampakan kita..


Saya lemah ,ALLAH MAHA HEBAT.


TOLONG SAYA.


Cari redha! 


Senyum :-)